Skip to main content

Cuti-cuti Turki Part II : Hoşça Kal, Istanbul !

31 Jan 2013

Hari ni kitorang akan ke Topkapi Palace. Kat sini la yang saya sebut dalam post sebelum ini tempat bersemayam 24 orang sultan, termasuklah sultan Muhammad Al-Fateh. Tapi sebelum tu, kitorang singgah dulu di beberapa kawasan.


Ini madrasah. Lupa nama madrasah ni, tapi macam sekolah la. Gambar replika kat atas tu gambr pengasas madrasah ini kalau tak silap.

Ini pula antara reka bentuk rumah-rumah tradisional turki sebelah Asia



Topkapi sekarang dah dijadikan muzium





 



Kat dalam ni ada banyak bahagian dan bilik-bilik. Orang cakap dalam kawasan tempat ni umpama Acropolis. Yang kita belajar dalam sejarah dulu-dulu. Ada kawasan untuk rakyat, ada bangunan parlimen, ada tempat menyambut tetamu dan banyak lagi la.


Kitorang masuk banyak muzium kat dalam ni. Muzium jewelry, muzium peralatan perang, muzium peralatan dapur dan muzium pakaian. Kat muzium pakaian ni, kitorang dapat tengok baju-baju sultan dulu. Serius, baju-baju sultan-sultan tu besaaarr sangat. Mungkin 10 kali ganda baju saya kot sizenya. Haha. Tapi serius tak tipu, memang besar.

Oh ya.. hampir terlupa.. Kat sini ada juga 1 ruang muzium yang mana di dalam tu tak pernah stop pun bacaan Al-quran setiap hari, 24 jam. Subhanallah.. Nak tahu apa kat dalam tu?

Kat situ la ada terpamer pedang Rasulullah dan pedang-pedang para sahabat. Kat situ la juga serban nabi Ibrahim, tongkat nabi Musa, tangan nabi harun, janggut nabi Muhammad dan banyak lagi. Rasa macam tak percaya dapat tengok semua tu.

Ustaz cerita, dulu-dulu, ramai yang mengaku ada janggut dan rambut nabi Muhammad. Lepas tu, ada seorang sahabat ni kumpulkan semua janggut dan rambut asli nabi. Then, beliau membuat satu test kat semua janggut dan rambut tu dengan letak pada cahaya. Jika ada bayang-bayang (shadow), so maknanya itu rambut dan janggut palsu.

Sorryyy.. Camera is not allowed. So, tak ada gambar yang boleh kongsi.



Next!! ayasofya / hagiasophia..jom!!




Ok.. sejarah Hagia Sophia sebenarnya pada asalnya sebuah gereja dulu. Sewaktu Sultan Muhammad Fateh dapat rampas kerajaan Maharaja Byzantine yang kejam masa tu, rakyat Kristian dengan rela hati serahkan Hagia Sophia ni pada Sultan Muhammad Al-Fateh sebab mereka memang gembira bila beliau dapat kalahkan maharaja kejam itu.
Jadi, Sultan Muhammad Al-Fateh pun tukar gereja ini menjadi masjid, dan beliau pernah bersumpah yang tiada siapa pun boleh ubah masjid ini semula. Walaupun telah ditukar menjadi masjid, beliau masih tidak membuang semua ciri-ciri gereja yang ada dalam Hagia Sophia ni bagi meraikan orang-orang Kristian itu. Contohnya, lukisan-lukisan Jesus and Mary pada dinding tidak dibuang sebaliknya ditutup dengan kayu.



Pada asalnya ini lambang salib. Tapi telah dipatahkan dan diubah menjadi arrow oleh Sultan Muhammad al-Fateh



Nampak pada setiap penjuru siling itu ada gambar angel? Dulu di situ cuma ditutup dengan kayu.Sultan Muhammad Al-Fateh tidak merosakkan apa pun gmbr/ ukiran dalam Hagia Sophia. Tapi sekarang, diorang sedang membaikpulih tempat ini dan membuang semua gambar-gambar yang ada wajah. Pendapat diorang, wajah dalam gambar tu haram.

Kisah Hagia Sophia tak stop di situ sahaja. Tahukah apa yang berlaku bila Mustafa Kamal memerintah? Dia dah tukarkan masjid ini menjadi kandang kuda pada mulanya sebelum menjadikan Hagia Sophia ini muzium. Boleh nampak kan betapa teruknya apa yang dia dah buat pada Islam di Turki ini. Tapi saying, rakyat Turki sangat mengagungkannya. Kata mereka, kalau bukan sebab Mustafa Kamal, Turki takkan membangun seperti sekarang.

Yes, penduduk Turki almost 99% muslim. Tapi diorang ramai yang mengamalkan cara hidup sekular. Dan kalau kita perasan, sebenarnya Malaysia juga sudah pun hampir sama seperti Turki. Perhatikan suasana sekeliling kita. Adakah kita betul-betul mengamalkan cara hidup islam atau islam pada IC sahaja. Nauzubillah...



Tidak jauh dari situ, kitorang pergi pula ke Masjid Sultan Ahmet @ Blue Mosque

Kenapa Blue Mosque? Ustaz cakap sebab di dalam masjid ini, tilenya berwarna biru. Dari situ la dapat nama Blue Mosque ni, dan katanya msjid ini takes 7 years untuk siap dibina.

Then, kitorang gerak ke Grand Bazar..buat apa?
Shopping laaa. Haha.


1 Feb 2013

Lagi sehari sebelum balik, kitorang diceritakan detail tentang Sultan Muhammad Al-Fateh.

 
Inilah masjid Sultan Muhammad Fateh
 
     
 
Ini pula makam Sultan Muhammad Al-Fateh. Makam ini berdekatan sahaja dengan masjid tadi.


Serban putih itu serban sultan Muhammad Al-Fateh


Next, kitorang naik transway ke Panorama


Inilah Panaroma. Di sini terdapat semua info dan pameran tentang Sultan Muhammad Al-Fateh




painting pada dinding Panorama

Masa kat sini, ustaz cerita ada seorang pemuda bernama Urdu kalau tak silap. Pemuda inilah orang pertama yang cipta meriam. Waktu itu, Urdu ni kena tahan di penjara Maharaja Constantinople dan dipaksa untuk memberitahu formula untuk membuat meriam. Tetapi Urdu ni jawab, 'Aku akan beritahu formula tu hanya kepada raja yang adil'.

Macamana Urdu boleh tahu cara membuat meriam?
Beliau hanya mendapat ilham melalui mimpi. Subhanallah.

Sultan Muhammad Al-Fateh ni memang sangat bijak, beliau menghantar ahli pasukan beliau selamatkan Urdu ni melalui jalan bawah tanah dan Berjaya menyelamatkan Urdu. Sebab itulah, peperangan yg diketuai Sultan Al-Fateh ini dikatakan peperangan pertama yang menggunakan meriam.

Skrin-skrin ini bagi penerangan terperinci tentang Sultan Muhammad Al-Fateh
Satu kisah lagi yang ustaz kongsi.. Sewaktu peperangan itu, tiba-tiba Sultan Al-Fateh rasa seperti pertahanan beliau tidak kuat. So, beliau mencari puncanya. Suatu malam, beliau ternampak salah seorang tentera beliau sedang minum arak. Barulah beliau tahu itulah punca pertahanan beliau lemah. Selepas itu, beliau menasihatkan orang itu dengan berhemah dan alhmdulillah, akhirnya mereka berjaya menawan Constantinople.


2 Feb 2013

Hari ini gerak ke airport untuk pulang semula ke Mesir. Cuti dah nak habis dahh..
Huhu.. masa nak balik ni, terbayang juga, tak boleh ke flight tu terus je hantar ke Malaysia? Tiba-tiba terasa seperti taknak pulang ke Mesir. Haha.

Rindu Malaysia...

dan Rindu Turki juga..


p/s: bg saya, trip ini memang terbaik, banyak input. Tapi, kalau family ada sekali, mesti lebih best.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Di Suatu Pagi

" Allah tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya " (QS 2: 286) Bismillah.. Hurm.. bila hidup di negara orang ni, bila jauh dari family, bila hidup berdikari, kita tak boleh nak expect yang life is soooooo good and beautiful here. Tambah lagi, as a medical student. Okay, let me share it here.. the latest story of Tabahians and the house.. Pagi itu, suasana sunyi. Sepi. Hening. Semua ahli beit dah tidur dah. Saya pula masih lagi terkelip-kelip layan buku ECG..cewahh..bajet rajin pula ye..haha. Bukan apa, disebabkan saya sudah tidur sepetang dah, jadi malam kena lah study pula, alang-alang mata pun masih belum mengantuk. Tgok jam, dah pukul 1 pagi lebih dah. Entah bila nak tidur, mata tak mengantuk lagi. Takpe, layan pula Physio part Respiratory. Baca tajuk COPD ( Chronic Obstructive Pulmonary Disease ) ni macam syok pula. " COPD is a group of lung diseases ( chronic bronchitis, asthma n emphysema ) chara...

Italy Part I : Cuti-cuti Rome!

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. Dalam usaha nak hidupkan balik blog ni dan re-edit balik post-post zaman hingusan dulu. Since ramai jugak yang tanya pengalaman semua. And ada juga yang suruh tulis dalam blog untuk panduan orang lain.   18 -19 Februari 2018 Saya bertolak dari KLIA 2 ke Tehran pukul   7.05 malam via AirAsia X. Kenapa Tehran? Sebab nak buat percutian bajet punya pasal, maka terpaksalah ambil low cost flight dan transit banyak-banyak kali. Tapi bagi saya, AirAsia memang not suggested la. Kedekut, 8 jam perjalanan, nak minum air kosong pun kena bayar. Memang tak ada apa yang diprovide, seat yang agak sempit dan kurang selesa. Habis sakit badan dan belakang lepas 8 jam dalam flight. Haha merungut di situ. Nak jimat sangat kan, terima je lah seadanya. Tapi saya sangat suka airport Tehran. Apa yang uniknya kat sini, semua perempuan diwajibkan menutup kepala. Surau dia cantik. Pekerja dia peramah dan baik. Terasa suasana keislamannya kat sini, wal...

Pusing-pusing Brussels!

24 Feb 2018 Tiba di Midi Train station, Brussels pukul 6.15 pagi. Awal-awal pagi still gelap lagi. Kitorang solat Subuh kat satu masjid yang sangat dekat dengan Midi Train station ni, dalam 5 minit jalan je. Then, kitorang tunggu hari siang kat dalam train station tu je. Amin beli hot chocolate since suhu sangat sejuk but still tolerable dalam train station. Sedapp!   Waktu menunggu ni, kitorang discuss dan rearrange balik itinerary kat Brussels. Plan asal kitorang akan stay sampai pukul 2 pagi kat mana-mana 24hours café atau McDonalds, bas kitorang ke Paris pukul 2 pagi nanti dan akan tidur di dalam bas je. Tapi, bila difikir balik, since kat Brussels tak ada banyak tempat nak pergi macam kat London, kitorang decide nak refund bus pukul 2 pagi tu, dan beli bus waktu yang lebih awal. Then kitorang decide untuk bermalam di Paris dan booking hostel kat sana. Kebanyakan hostel murah dah habis, at last kitorang tempah satu hostel yang still affordable juga la. Hostel kat...