Skip to main content

Kemurungan: Bertindak Sebelum Terlambat, Kenali Tanda-tanda

Lagi seorang kecundang..” saya terbaca satu status di Facebook merujuk kepada Anthony Bourdain yang baru-baru ini gempar dengan berita kematian beliau kerana bunuh diri (suicide). Terdahulu, peminat Linkin Park dikejutkan dengan berita kematian Chester Bennington secara mengejut, juga kerana bunuh diri. Puncanya sama; KEMURUNGAN.

Stigma masyarakat sering menganggap bahawa kemurungan hanyalah satu penyakit biasa yang tidak mendatangkan mudarat. Salah, kenyataan itu sama sekali salah! Cuba kita perhatikan, sudah terlalu ramai artis yang dikenali turut menjadi mangsa kemurungan. Marilyn Monroe, Kurt Cobain, Robin William, dan ramai lagi yang mengakhiri hidup mereka dengan membunuh diri akibat kemurungan. The list goes on. Oleh itu, marilah kita kenali tanda-tanda kemurungan ini. Siapa tahu, mungkin ada dalam kalangan kita, orang yang terdekat dengan kita, yang pada saat ini berjuang melawan kemurungan. Mungkin kita boleh menjadi salah seorang yang dapat menghulurkan tangan, menarik mereka ke arah cahaya.

Tanda-tanda Kemurungan



1. Murung dan sedih
Seseorang yang mengalami kemurungan akan mempunyai mood sedih, terasa hidupnya kosong, hilang harapan dan seringkali menangis. Jika dia sebelumnya seorang yang ceria, happy-go-lucky, perubahan ini amat ketara dan perlu diambil berat secepat mungkin.

2. Hilang minat
Seseorang itu akan mula hilang minat atau tarikan kepada semua perkara, hobi atau aktiviti yang diminati sebelumnya. Contoh, jika sebelumnya dia suka keluar bersiar-siar atau menonton wayang, sewaktu mengalami kemurungan dia sudah tidak lagi menyukai perkara tersebut.

3. Perubahan selera makan dan berat badan
Kebiasaanya mereka yang mengalami kemurungan akan hilang selera makan dan akan mengalami kesusutan berat badan. Namun ada juga segelintir daripada mereka yang mengalami perkara sebaliknya iaitu bertambah selera makan dan peningkatan berat badan. Kedua-dua perkara ini tidak boleh diambil mudah.

4. Gangguan tidur
Pesakit kemurungan akan mengalami sama ada insomnia (kurang tidur kerana kesukaran untuk terlelap atau sering terjaga pada waktu malam) atau hypersomnia (keinginan tidur yang berlebihan).

5. Perubahan sikap (terlampau agresif atau pasif)
Kebanyakan pesakit kemurungan sangat agresif, mudah marah dan sangat sensitif. Namun, pemikiran dan pergerakan badan mereka juga boleh menjadi sangat perlahan. Mereka seringkali juga berasa gelisah dan tidak tenteram.

6. Cepat penat dan letih
Seseorang yang mengalami kemurungan akan kelihatan sentiasa dalam keadaan penat dan tidak bermaya. Walaupun pada hari itu dia tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang lasak, namun badannya tetap lesu. Disebabkan itu, dia akan berasa tidak mampu untuk melakukan walaupun aktiviti rutin harian mareka.

7. Rasa bersalah yang melampau dan berasa diri tidak berguna
Pesakit yang menghidap penyakit kemurungan akan dipenuhi dengan perkara-perkara negatif di dalam pemikirannya. Dia akan sentiasa dipenuhi dengan idea bahawa dia seorang yang tidak berguna dan tidak memberi manfaat kepada sesiapapun. Dia akan merasakan bahawa seluruh dunia dan isinya tidak mampu menerima mereka di atas dunia ini. Jika sesuatu perkara buruk berlaku, dia akan meletakkan dirinya sebagai punca perkara itu berlaku. Pemikiran-pemikiran negatif seperti ini sering menyebabkan keadaannya bertambah teruk.

8. Tidak mampu untuk menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara dan tidak mampu membuat keputusan
Mereka seringkali berada di dalam keadaan seperti blur atau mamai. Apabila kita bercakap dengan mereka, kita akan sedar bahawa wajah mereka kelihatan risau tentang perkara lain dan tidak menumpukan perhatian kepada apa yang kita cuba sampaikan.

9. Kerap berfikir untuk mati atau membunuh diri
Ini adalah tanda yang sangat perlu dititikberatkan. Kenalpasti jika rakan atau orang di sekeliling anda yang kemungkinan mengalami kemurungan dan sudah mempunyai idea untuk menamatkan hidup mereka. Perkara ini bukanlah atas keinginan mereka sendiri, namun kesan daripada kemurungan yang melampau menyebabkan sesetengah daripada mereka tidak mampu untuk bertahan dan memikirkan jalan keluar daripada kemurungan dengan cara membunuh diri.

Tidak semua mereka yang mengalami kemurungan akan mempunyai kesemua tanda-tanda ini. Namun, jika kalian mendapati rakan, teman atau orang terdekat yang mempunyai lima atau lebih daripada gejala-gejala ini dalam tempoh masa 2 minggu berturut-turut, kalian haruslah segera mendapatkan bantuan. Bawa mereka berjumpa dengan doktor yang pakar. Jangan dipandang enteng terhadap kemurungan, kerana ia boleh menjadi pembunuh dalam diam. Bertindaklah sebelum terlambat.
 
“I’m holding on, why is everything so heavy....”
- Heavy; Chester Bennington -

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Di Suatu Pagi

" Allah tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya " (QS 2: 286) Bismillah.. Hurm.. bila hidup di negara orang ni, bila jauh dari family, bila hidup berdikari, kita tak boleh nak expect yang life is soooooo good and beautiful here. Tambah lagi, as a medical student. Okay, let me share it here.. the latest story of Tabahians and the house.. Pagi itu, suasana sunyi. Sepi. Hening. Semua ahli beit dah tidur dah. Saya pula masih lagi terkelip-kelip layan buku ECG..cewahh..bajet rajin pula ye..haha. Bukan apa, disebabkan saya sudah tidur sepetang dah, jadi malam kena lah study pula, alang-alang mata pun masih belum mengantuk. Tgok jam, dah pukul 1 pagi lebih dah. Entah bila nak tidur, mata tak mengantuk lagi. Takpe, layan pula Physio part Respiratory. Baca tajuk COPD ( Chronic Obstructive Pulmonary Disease ) ni macam syok pula. " COPD is a group of lung diseases ( chronic bronchitis, asthma n emphysema ) chara...

Italy Part I : Cuti-cuti Rome!

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. Dalam usaha nak hidupkan balik blog ni dan re-edit balik post-post zaman hingusan dulu. Since ramai jugak yang tanya pengalaman semua. And ada juga yang suruh tulis dalam blog untuk panduan orang lain.   18 -19 Februari 2018 Saya bertolak dari KLIA 2 ke Tehran pukul   7.05 malam via AirAsia X. Kenapa Tehran? Sebab nak buat percutian bajet punya pasal, maka terpaksalah ambil low cost flight dan transit banyak-banyak kali. Tapi bagi saya, AirAsia memang not suggested la. Kedekut, 8 jam perjalanan, nak minum air kosong pun kena bayar. Memang tak ada apa yang diprovide, seat yang agak sempit dan kurang selesa. Habis sakit badan dan belakang lepas 8 jam dalam flight. Haha merungut di situ. Nak jimat sangat kan, terima je lah seadanya. Tapi saya sangat suka airport Tehran. Apa yang uniknya kat sini, semua perempuan diwajibkan menutup kepala. Surau dia cantik. Pekerja dia peramah dan baik. Terasa suasana keislamannya kat sini, wal...

Pusing-pusing Brussels!

24 Feb 2018 Tiba di Midi Train station, Brussels pukul 6.15 pagi. Awal-awal pagi still gelap lagi. Kitorang solat Subuh kat satu masjid yang sangat dekat dengan Midi Train station ni, dalam 5 minit jalan je. Then, kitorang tunggu hari siang kat dalam train station tu je. Amin beli hot chocolate since suhu sangat sejuk but still tolerable dalam train station. Sedapp!   Waktu menunggu ni, kitorang discuss dan rearrange balik itinerary kat Brussels. Plan asal kitorang akan stay sampai pukul 2 pagi kat mana-mana 24hours café atau McDonalds, bas kitorang ke Paris pukul 2 pagi nanti dan akan tidur di dalam bas je. Tapi, bila difikir balik, since kat Brussels tak ada banyak tempat nak pergi macam kat London, kitorang decide nak refund bus pukul 2 pagi tu, dan beli bus waktu yang lebih awal. Then kitorang decide untuk bermalam di Paris dan booking hostel kat sana. Kebanyakan hostel murah dah habis, at last kitorang tempah satu hostel yang still affordable juga la. Hostel kat...