Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Hadiah Untuk Ayah

             “ Eh, minggu depan Hari Bapa, kau bagi ayah kau hadiah apa? ,” tanya Zaid.              “ Aku pun tak fikir lagi nak bagi hadiah apa tahun ni. Hmm.. ,” jawab Yusuf. Ikram hanya mendiamkan diri. Fikirannya sudah membayangkan hadiah yang bakal diberi. “ Aku nak bagi hadiah yang paling istimewa untuk ayah tahun ni .”              Menjelang hari bapa, ramai yang mula mencari hadiah yang paling sesuai untuk dihadiahkan kepada ayah. InsyaAllah semua hadiah yang diberi merupakan sesuatu yang cukup bermakna buat ayah dari sekecil-kecil benda hingga sebesar-besar benda. Kerana apa? Kerana bukan nilai hadiah itu yang ayah lihat, tapi keikhlasan pemberi itu yang melambangkan ingatan dan penghargaan si anak terhadap ayah yang menyentuh hatinya.              Namun, jika ingin dibandingkan dengan segala pengorbanan ayah selama ini, sangat jauh nilai hadiah itu.              Hadiah pakaian, I-phone dan seumpamanya, apalah sangat jika dibandingkan dengan semua yang ayah sudah b

Kemurungan: Bertindak Sebelum Terlambat, Kenali Tanda-tanda

“ Lagi seorang kecundang.. ” saya terbaca satu status di Facebook merujuk kepada Anthony Bourdain yang baru-baru ini gempar dengan berita kematian beliau kerana bunuh diri (suicide). Terdahulu, peminat Linkin Park dikejutkan dengan berita kematian Chester Bennington secara mengejut, juga kerana bunuh diri. Puncanya sama; KEMURUNGAN. Stigma masyarakat sering menganggap bahawa kemurungan hanyalah satu penyakit biasa yang tidak mendatangkan mudarat. Salah, kenyataan itu sama sekali salah! Cuba kita perhatikan, sudah terlalu ramai artis yang dikenali turut menjadi mangsa kemurungan. Marilyn Monroe, Kurt Cobain, Robin William, dan ramai lagi yang mengakhiri hidup mereka dengan membunuh diri akibat kemurungan. The list goes on. Oleh itu, marilah kita kenali tanda-tanda kemurungan ini. Siapa tahu, mungkin ada dalam kalangan kita, orang yang terdekat dengan kita, yang pada saat ini berjuang melawan kemurungan. Mungkin kita boleh menjadi salah seorang yang dapat menghulurkan ta

Ramadhan: Detik-Detik Akhir Itu

Dia terjaga dari tidur melihat kelibat roommate nya yang sedang bersiap. Jam di dinding menunjukkan pukul tiga pagi.                  “ Im, kau nak pergi mana pagi-pagi buta ni?”                  “ Aku nak pergi berburu.”    "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim ) Mari! Mari! Tawaran istimewa, setahun sekali sahaja! Kalau terlepas, rugiii.. Akhirnya.. Setelah setahun menanti, ia menjengah lagi. Malam yang ditunggu-tunggu, malam penuh keberkatan, malam yang padanya melimpah dengan kebaikan iaitu Lailatul (Malam) Al-Qadar. Apa istimewanya malam ini?                  Subhanallah. Inilah malam amalan ibadat yang dilakukan padanya lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada 1000 bulan. Malam yang suatu ketika dahulu baginda Muhammad SAW dikenalkan dengan Iqra’ sebagai permulaan wahyu, malam di mana para malaikat turun untuk mengucapkan ‘Salam Sej