Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

Tenanglah Cikgu Di sana

Astaghfirullah.. jauhilah aku daripada menjadi orang-orang yang lupa jasa mereka yang banyak menyumbang dan berkorban untukku... Tup!Tup! Satu mesej wassap masuk. “Cikgu N baru sahaja meninggal pukul 12.00 tgh hari tadi” Allahurabbi! Tiba-tiba terasa sesak dada. 1 jam yang lalu... Seperti biasa, pagi-pagi lagi kalut mereview pesakit, tambah lagi hari ini aku jaga kubikal pesakit-pesakit kronik. Tiba-tiba seorang pesakit ditolak masuk ke kubikal aku. Sekilas aku pandang nama dan diagnosa pesakit. Terlintas dalam hati, sama nama dengan cikgu aku masa sekolah dulu. Diagnosa: Breast cancer with brain mets Beberapa minit kemudian, family member tiba-tiba memanggil. Katanya pernafasan tiba-tiba makin perlahan. Mesin monitor jantung disambung. Aku terus datang dan memeriksa keadaan pesakit. Multiple brain mets, patient unconscious. Pakar dah datang tengok awal pagi. Best supportive care is the best management can be given untuk keadaan pesakit sekarang. A

Harapan Yang Terhakis

“Doktor, doktor akan rawat ayah saya kan.. doktor akan buat yang terbaik untuk sembuhkan ayah saya kan..” “Ma, ma jangan menangis macam ni.. doktor sedang usaha sebaik mungkin rawat ayah tu.. doktor tahu nak buat apa..” Harapan menggunung diberi. Saya terkedu. Kelu seketika. Hanya mampu mengangguk. Seketika tadi, tiba-tiba akak nurse memanggil, nadi pesakit tiba-tiba menurun dan berhenti, hilang bacaan pada monitor. Terus saya panjat katil dan mulakan CPR. Beberapa suntikan ubat diberi. 15 minit berlalu, akhirnya denyutan nadi kembali. Tapi pak cik masih dalam keadaan tidak stabil, kebarangkalian untuk berlaku semula sangat tinggi. Kali ini, kami mula bertanya ahli keluarga sama ada ingin teruskan dengan menekan dada atau tidak jika nadi berhenti lagi kemudian. Semua ahli keluarga kini bercucuran air mata. Pak cik masih muda, 53 tahun. Masih belum cecah usia bonus, masih sangat muda. Saya turut terasa tempias emosi, lalu segera beredar dari situ seketika memberi pelu