Skip to main content

Tenanglah Cikgu Di sana

Astaghfirullah.. jauhilah aku daripada menjadi orang-orang yang lupa jasa mereka yang banyak menyumbang dan berkorban untukku...


Tup!Tup! Satu mesej wassap masuk.

“Cikgu N baru sahaja meninggal pukul 12.00 tgh hari tadi”

Allahurabbi!
Tiba-tiba terasa sesak dada.

1 jam yang lalu...
Seperti biasa, pagi-pagi lagi kalut mereview pesakit, tambah lagi hari ini aku jaga kubikal pesakit-pesakit kronik.
Tiba-tiba seorang pesakit ditolak masuk ke kubikal aku. Sekilas aku pandang nama dan diagnosa pesakit. Terlintas dalam hati, sama nama dengan cikgu aku masa sekolah dulu.
Diagnosa: Breast cancer with brain mets

Beberapa minit kemudian, family member tiba-tiba memanggil. Katanya pernafasan tiba-tiba makin perlahan. Mesin monitor jantung disambung. Aku terus datang dan memeriksa keadaan pesakit.

Multiple brain mets, patient unconscious. Pakar dah datang tengok awal pagi. Best supportive care is the best management can be given untuk keadaan pesakit sekarang.
Aku menerangkan kepada ahli keluarga keadaan pesakit yang semakin kritikal, klu diberi yang mungkin hayat pesakit sudah tidak lama lagi mengikut keadaannya sekarang. Nadi semakin lemah. DNAR sudah ditandatangani. Jika tekan dada diteruskan mungkin akan menyeksakan lagi pesakit dengan keadaannya sekarang. Anak-anak faham dengan penjelasan yang diberi. Ahli keluarga mula memenuhi kubikal, mula membaca yassin dan membaca kalimah syahadah kepada pesakit.

15 minit kemudian, aku dipanggil lagi. Kali ini, pesakit sudah tidak bernafas lagi. Denyutan nadi sudah berhenti. Anak mata pula tidak menunjuk sebarang reaksi. Monitor jantung menunjukkan nadi semakin perlahan menurun.

Aku menyuruh ahli keluarga teruskan mengucap di telinga pesakit. 
“Ada lagi, tapi dah jauh dah ni.. teruskanlah mengucap kalimah syahadah di telinga pesakit..”

Bacaan nadi pada monitor semakin perlahan.

50-40-30-20-10.......0
irama jantung berubah menjadi garis lurus

Anak-anak pesakit mula menangis. Semua ahli keluarga terdekat yang berada di situ mula mengalir air mata. 
Aku pronounce kematian pesakit, dalam hati cuba tahan sebak. Kena kuat, tak boleh menangis depan relatives pesakit walaupun dalam hati selalu menangis setiap kali announce death.



Tapi sebaik aku membaca mesej itu, air mata terus berkaca. 

Allahurabbi..
Anak murid apakah aku ini?
Bagaimana aku boleh tidak mengecam cikgu aku sendiri? 😭😭😭
Terasa sangat sangat terkilan.. aku announce death cikgu sendiri tapi langsung tak sedar.

Wajah cikgu lain sangat sangat sangat dengan kali terakhir saya jumpa cikgu.. kurus cengkung, bentuk muka juga berubah 😢 Saya tak tahu cikgu sakit. Kalau saya tahu cikgu sakit, mungkin saya dapat mengenali cikgu bila terbaca nama cikgu. Teruknya rasa diri ini. Anak murid apakah sebegini? Maafkan saya cikgu, maafkan saya...😢😢😢

Innalillahiwainnailaihiraji’un

Semoga arwah cikgu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman insyaAllah..alFatihah.

Beliau seorang guru yang saaangat mesra. Jumpa beliau few years ago, masih dalam keadaan yang sangat sihat walafiat, dan dia masih mengingati nama anak murid dia yang sorang ni walaupun cikgu-cikgu lain ramai yang dah terlupa. Tak pernah lupa untuk memberi nasihat dan semangat. 
Tenanglah cikgu di sana. 😢

Kullu nafsin dzaiqotul maut
Setiap yang bernyawa pasti akan mati
(QS. al-Ankabut:57)


Comments

Popular posts from this blog

Kisah Di Suatu Pagi

" Allah tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya " (QS 2: 286) Bismillah.. Hurm.. bila hidup di negara orang ni, bila jauh dari family, bila hidup berdikari, kita tak boleh nak expect yang life is soooooo good and beautiful here. Tambah lagi, as a medical student. Okay, let me share it here.. the latest story of Tabahians and the house.. Pagi itu, suasana sunyi. Sepi. Hening. Semua ahli beit dah tidur dah. Saya pula masih lagi terkelip-kelip layan buku ECG..cewahh..bajet rajin pula ye..haha. Bukan apa, disebabkan saya sudah tidur sepetang dah, jadi malam kena lah study pula, alang-alang mata pun masih belum mengantuk. Tgok jam, dah pukul 1 pagi lebih dah. Entah bila nak tidur, mata tak mengantuk lagi. Takpe, layan pula Physio part Respiratory. Baca tajuk COPD ( Chronic Obstructive Pulmonary Disease ) ni macam syok pula. " COPD is a group of lung diseases ( chronic bronchitis, asthma n emphysema ) chara...

Italy Part I : Cuti-cuti Rome!

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. Dalam usaha nak hidupkan balik blog ni dan re-edit balik post-post zaman hingusan dulu. Since ramai jugak yang tanya pengalaman semua. And ada juga yang suruh tulis dalam blog untuk panduan orang lain.   18 -19 Februari 2018 Saya bertolak dari KLIA 2 ke Tehran pukul   7.05 malam via AirAsia X. Kenapa Tehran? Sebab nak buat percutian bajet punya pasal, maka terpaksalah ambil low cost flight dan transit banyak-banyak kali. Tapi bagi saya, AirAsia memang not suggested la. Kedekut, 8 jam perjalanan, nak minum air kosong pun kena bayar. Memang tak ada apa yang diprovide, seat yang agak sempit dan kurang selesa. Habis sakit badan dan belakang lepas 8 jam dalam flight. Haha merungut di situ. Nak jimat sangat kan, terima je lah seadanya. Tapi saya sangat suka airport Tehran. Apa yang uniknya kat sini, semua perempuan diwajibkan menutup kepala. Surau dia cantik. Pekerja dia peramah dan baik. Terasa suasana keislamannya kat sini, wal...

Pusing-pusing Brussels!

24 Feb 2018 Tiba di Midi Train station, Brussels pukul 6.15 pagi. Awal-awal pagi still gelap lagi. Kitorang solat Subuh kat satu masjid yang sangat dekat dengan Midi Train station ni, dalam 5 minit jalan je. Then, kitorang tunggu hari siang kat dalam train station tu je. Amin beli hot chocolate since suhu sangat sejuk but still tolerable dalam train station. Sedapp!   Waktu menunggu ni, kitorang discuss dan rearrange balik itinerary kat Brussels. Plan asal kitorang akan stay sampai pukul 2 pagi kat mana-mana 24hours café atau McDonalds, bas kitorang ke Paris pukul 2 pagi nanti dan akan tidur di dalam bas je. Tapi, bila difikir balik, since kat Brussels tak ada banyak tempat nak pergi macam kat London, kitorang decide nak refund bus pukul 2 pagi tu, dan beli bus waktu yang lebih awal. Then kitorang decide untuk bermalam di Paris dan booking hostel kat sana. Kebanyakan hostel murah dah habis, at last kitorang tempah satu hostel yang still affordable juga la. Hostel kat...