Skip to main content

Ramadhan: Detik-Detik Akhir Itu


Dia terjaga dari tidur melihat kelibat roommatenya yang sedang bersiap. Jam di dinding menunjukkan pukul tiga pagi.

                “ Im, kau nak pergi mana pagi-pagi buta ni?”

                “ Aku nak pergi berburu.” 



 
"Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)"
( Riwayat al-Bukhari & Muslim
)


Mari! Mari! Tawaran istimewa, setahun sekali sahaja! Kalau terlepas, rugiii..

Akhirnya.. Setelah setahun menanti, ia menjengah lagi. Malam yang ditunggu-tunggu, malam penuh keberkatan, malam yang padanya melimpah dengan kebaikan iaitu Lailatul (Malam) Al-Qadar.

Apa istimewanya malam ini?

                Subhanallah. Inilah malam amalan ibadat yang dilakukan padanya lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada 1000 bulan. Malam yang suatu ketika dahulu baginda Muhammad SAW dikenalkan dengan Iqra’ sebagai permulaan wahyu, malam di mana para malaikat turun untuk mengucapkan ‘Salam Sejahtera’ kepada penduduk bumi, malam penulisan dan dicatatkan takdir tahunan, dan malam pengampunan dosa. Malam ini malam yang penuh dengan kesejahteraan dan ketenangan.

Tidak teringinkah kita untuk merebut peluang ini? Kerugian yang amat besar jika kita masih berlengah-lengah dan tidak berusaha mengejar Lailatul Qadar ini. Jangan bertangguh lagi! Yakinkah kita bahawa kita akan sampai kepada Ramadhan yang akan datang, sampai kepada malam-malam terakhir Ramadhan lagi pada masa akan datang?

‘ Penatlah.. Pagi puasa, malam nak tidur..’
‘ Malaslah. Mengantuk..’


                       
Hendak dapatkan benda yang baik perlulah berkorban. Lebih-lebih lagi ganjaran daripada Allah SWT. Bagaimana mungkin kita menghulurkan tangan kosong ingin mendapatkan ganjaran istimewa daripadaNya tanpa berbuat apa-apa, sekadar tidur melayani mimpi? Malunya kita jika hanya tahu meminta dan tidak memberi. Jadi, apa yang boleh kita lakukan?

Jom Kejar dan Buru!

Antara amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar :

1. Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman.

2. Melaksanakan solat sunat ( solat sunat tahajud, solat sunat
    tasbih, solat sunat hajat dan lain-lain )


3. Beriktikaf di masjid

4. Membaca al-Quran

5. Memperbanyak doa

6. Istighfar, zikrullah, bertasbih.

Hakikatnya, kita manusia lebih cenderung untuk merebut dan mendapatkan sesuatu yang kita nampak dengan mata kasar sahaja.

                SALE! Beli satu percuma satu! Diskaun 70 peratus!


Pergh.. Berbondong-bondong masuk dengan poket berat-tangan kosong, keluar-keluar pula dengan poket kosong-tangan berat. Lebih-lebih lagi pada penghujung Ramadhan. Kalau boleh, semua kedai yang ada jualan murah hendak diborong.
                Kalaulah keterujaan sama yang kita rasa untuk mendapatkan tawaran istimewa pada Lailatul Qadar ini. Kalaulah setiap malam-malam terakhir ini kita seronok untuk borong semua pahala. Ingatlah, ‘yang di kanan’ tidak akan pernah penat untuk mencatat. 
                Ia takkan muncul dengan hanya menanti. Kejarlah ia. Burulah ia. Kerana Lailatul Qadar bukan seperti jualan murah, siapa cepat dia yang dapat. Tapi, siapa beribadat, dia yang dapat. Kerana ganjaran yang ada padanya unlimited. InsyaAllah.


                       
“ Aku nak pergi beriktikaf di masjid. Jom ikut. Kita sama-sama pergi memburu Lailatul Qadar, “ sambung Naim sambil memakai kopiah, tersenyum.

“Carilah ia (lailatul qadar) di sepuluh malam terakhir. Jika salah seorang kalian lemah atau tidak mampu, maka janganlah ia kalah di tujuh malam terakhir.”
(HR. Muslim)

Comments

Popular posts from this blog

Italy Part I : Cuti-cuti Rome!

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. Dalam usaha nak hidupkan balik blog ni dan re-edit balik post-post zaman hingusan dulu. Since ramai jugak yang tanya pengalaman semua. And ada juga yang suruh tulis dalam blog untuk panduan orang lain.   18 -19 Februari 2018 Saya bertolak dari KLIA 2 ke Tehran pukul   7.05 malam via AirAsia X. Kenapa Tehran? Sebab nak buat percutian bajet punya pasal, maka terpaksalah ambil low cost flight dan transit banyak-banyak kali. Tapi bagi saya, AirAsia memang not suggested la. Kedekut, 8 jam perjalanan, nak minum air kosong pun kena bayar. Memang tak ada apa yang diprovide, seat yang agak sempit dan kurang selesa. Habis sakit badan dan belakang lepas 8 jam dalam flight. Haha merungut di situ. Nak jimat sangat kan, terima je lah seadanya. Tapi saya sangat suka airport Tehran. Apa yang uniknya kat sini, semua perempuan diwajibkan menutup kepala. Surau dia cantik. Pekerja dia peramah dan baik. Terasa suasana keislamannya kat sini, walaupun ram

Cuti-cuti Turki Part I : Istanbul Aku Datang!

Post   ini telah di re-edit dari blog post lama dulu ‘Istanbul Aku Datang’, bertarikh 4 Februari 2013. 28 Januari 2013   Tiba Di Istanbul Waktu winter break Egypt, saya follow satu trip ke Turki. Trip ini adalah trip in a group. Almost 30 juga la kot peserta trip ni. Dan yang mengetuai trip ni ialah para ustaz. That’s why banyak jugalah input yang dapat sepanjang perjalanan. So takdelah jadi perjalanan kosong semata-mata. Sampai-sampai je, kitorang terus dibawa ke satu program untuk mendengar sedikit penerangan daripada Foundation of Science & Culture yang pengajian dia bertemakan ilmu daripada Badiuzzaman Said Nursi. Sheikh Badiuzzaman Sheikh Badiuzzaman ni sebenarnya sewaktu kecil, beliau seorang yang biasa-biasa sahaja, sama seperti kanak-kanak yang lain..tetapi pada suatu hari, datang seorang yang miskin meminta sedekah, namun tiada siapa yang menghiraukan lelaki itu. Pada waktu itu, Sheikh Badi

Kemurungan: Bertindak Sebelum Terlambat, Kenali Tanda-tanda

“ Lagi seorang kecundang.. ” saya terbaca satu status di Facebook merujuk kepada Anthony Bourdain yang baru-baru ini gempar dengan berita kematian beliau kerana bunuh diri (suicide). Terdahulu, peminat Linkin Park dikejutkan dengan berita kematian Chester Bennington secara mengejut, juga kerana bunuh diri. Puncanya sama; KEMURUNGAN. Stigma masyarakat sering menganggap bahawa kemurungan hanyalah satu penyakit biasa yang tidak mendatangkan mudarat. Salah, kenyataan itu sama sekali salah! Cuba kita perhatikan, sudah terlalu ramai artis yang dikenali turut menjadi mangsa kemurungan. Marilyn Monroe, Kurt Cobain, Robin William, dan ramai lagi yang mengakhiri hidup mereka dengan membunuh diri akibat kemurungan. The list goes on. Oleh itu, marilah kita kenali tanda-tanda kemurungan ini. Siapa tahu, mungkin ada dalam kalangan kita, orang yang terdekat dengan kita, yang pada saat ini berjuang melawan kemurungan. Mungkin kita boleh menjadi salah seorang yang dapat menghulurkan ta