Skip to main content

Angin Pasang a.k.a. Uluran


“Angin pasang tu sakit apa?,” tanya seseorang kepada saya tempoh hari.

Saya diam seketika, teringat semula kisah yang berlaku sewaktu belajar di universiti dulu. Malam sebelum peperiksaan akhir long case posting surgery, saya dan beberapa orang rakan sama-sama pergi ke ward surgery untuk tengok dan praktis examination kes-kes surgery yang penting.

Kes-kes yang memang kerap ditanya dalam long case surgery, antaranya kanser payu dara, angin pasang, masalah tiroid/ goitre, etc.

Disebabkan kami ke ward hanya untuk praktis examination, jadi kami hanya mencari kes-kes yang selalu keluar dalam exam long case ini. Sewaktu melihat senarai kes yang ada di ward, kami dapat tahu ada satu kes angin pasang apabila terbaca fail seorang lelaki bernama Mahesh (bukan nama sebenar).

“Mahesh??,” seorang pak cik lelaki menyahut apabila namanya dipanggil.

“Uncle, check hay?,” kami minta kebenaran untuk memeriksa sakitnya itu dan dia dibawa ke bilik asing.

“Uncle, problem kya hay? (Pak cik ada masalah apa?),”saya bertanya sebelum mula memeriksa.

“Pait dard,” katanya ringkas. Sakit perut. Pak cik itu kelihatan seperti mamai-mamai separa sedar. Pada fikiran saya pelajar mentah yang masih kurang ilmu, mungkinlah angin pasang itu yang menyebabkan perutnya sakit. Kemudian, kami minta kebenaran untuk memeriksa kawasan yang biasa ada benjolan angin pasang.

Namun, setelah diperiksa, tiada pula benjolan yang dicari. Melalui pemerhatian saya, saya hanya dapati perutnya sangat buncit dan besar luar biasa. Saya sudah mula hairan. Saya cuba tanya lagi sejarah sakitnya dengan terperinci, tapi disebabkan kurangnya vocab bahasa Hindi dan keadaan pakcik juga seperti separa sedar, kami tidak dapat buat sebarang konklusi kenapa benjolan itu tiada.

“Uncle, kemmu uncle,” saya menyuruh pak cik batuk lagi. Tidak muncul juga benjolannya.

“Uncle, gatt kaha hay? Nehi hay? (Pak cik, benjol kat mana? Tak ada ke?),” saya berdialog Hindi lintang-pukang berterabur bahasanya. Pak cik hanya menggeleng.

“Uncle nam Mahesh?,” saya cuba memastikan sekali lagi namanya sudah betul, dan dia mengiyakan. Anaknya juga turut mengiyakan.

Akhirnya, kami buat keputusan untuk mencari kes lain pula untuk berlatih membuat pemeriksaan.

Setelah beberapa ketika, tiba-tiba salah seorang kawan datang dan beritahu,

“Korang nak tahu sesuatu tak? Sebenarnya ada dua orang pesakit nama Mahesh. Mahesh seorang lagi tepi katil pak cik Mahesh tadi..”

“Hah??”

“Dan nak tahu lagi tak, pesakit yang kita check tadi tu sebenarnya sakit Hepatitis B..”

“Hah??,” saya telan air liur bila teringat buat pemeriksaan tanpa memakai sarung tangan tadi.
Masing-masing menepuk dahi. Adoi lahhhh..

Pengajaran untuk pelajar perubatan yang masih menuntut: (perkara yang saya sendiri ambil pengajaran dan betul-betul ingat selepas pengalaman ini)

-Pastikan identiti pesakit betul sebelum mulakan apa-apa prosedur
-Jangan baca fail! Tanya pesakit satu-persatu, jangan malas!
-Pentingnya ilmu mengambil sejarah sakit pesakit. Luaskan skop kemungkinan penyakit
-Jadi pemerhati yang baik
-Sentiasa ambil precaution ketika melakukan pemeriksaan
-Hormat pesakit anda!
-Etc. (boleh tambah sendiri)

Sedikit info tentang Angin Pasang:

1. Angin pasang / hernia adalah benjolan tidak normal pada bahagian ari-ari/ pangkal peha dan benjolan tersebut boleh membawa ke bahagian testis. Ia disebabkan kandungan di dalam abdomen (usus atau tisu lemak abdomen) terkeluar melalui bukaan pada otot abdomen memasuki satu kantung di kawasan itu.

2. Berlaku disebabkan otot pada bahagian ari-ari menjadi lemah atau tekanan di dalam abdomen tinggi

3. Faktor risiko: Obese, Sentiasa mengangkat objek berat, Batuk kronik, Selalu sembelit, Pengumpulan cecair berlebihan di dalam ruang abdomen disebabkan penyakit seperti buah pinggang

4. Benjolan akan membesar apabila batuk dan berdiri

5. Benjolan itu boleh disurutkan samada kita menolak sendiri benjolan tersebut ataupun ia surut sendiri apabila seseorang itu berada dalam keadaan baring. Ada juga benjolan yang tidak dapat disurutkan

6. Benjolan akan sakit dan kemerahan jika berlaku komplikasi angina pasang terbelit. Pesakit perlu segera mendapatkan rawatan jika ini berlaku.

7. Dapat dirawat dengan pembedahan

p/s: Di Kelantan, angin pasang disebut sebagai  uluran/ medu


Rujukan:
https://ediagnosa.com/hernia-angin-pasang-punca-rawatan/
http://www.myhealth.gov.my/hernia-angin-pasang/

Comments

Popular posts from this blog

Italy Part I : Cuti-cuti Rome!

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. Dalam usaha nak hidupkan balik blog ni dan re-edit balik post-post zaman hingusan dulu. Since ramai jugak yang tanya pengalaman semua. And ada juga yang suruh tulis dalam blog untuk panduan orang lain.   18 -19 Februari 2018 Saya bertolak dari KLIA 2 ke Tehran pukul   7.05 malam via AirAsia X. Kenapa Tehran? Sebab nak buat percutian bajet punya pasal, maka terpaksalah ambil low cost flight dan transit banyak-banyak kali. Tapi bagi saya, AirAsia memang not suggested la. Kedekut, 8 jam perjalanan, nak minum air kosong pun kena bayar. Memang tak ada apa yang diprovide, seat yang agak sempit dan kurang selesa. Habis sakit badan dan belakang lepas 8 jam dalam flight. Haha merungut di situ. Nak jimat sangat kan, terima je lah seadanya. Tapi saya sangat suka airport Tehran. Apa yang uniknya kat sini, semua perempuan diwajibkan menutup kepala. Surau dia cantik. Pekerja dia peramah dan baik. Terasa suasana keislamannya kat sini, walaupun ram

Cuti-cuti Turki Part I : Istanbul Aku Datang!

Post   ini telah di re-edit dari blog post lama dulu ‘Istanbul Aku Datang’, bertarikh 4 Februari 2013. 28 Januari 2013   Tiba Di Istanbul Waktu winter break Egypt, saya follow satu trip ke Turki. Trip ini adalah trip in a group. Almost 30 juga la kot peserta trip ni. Dan yang mengetuai trip ni ialah para ustaz. That’s why banyak jugalah input yang dapat sepanjang perjalanan. So takdelah jadi perjalanan kosong semata-mata. Sampai-sampai je, kitorang terus dibawa ke satu program untuk mendengar sedikit penerangan daripada Foundation of Science & Culture yang pengajian dia bertemakan ilmu daripada Badiuzzaman Said Nursi. Sheikh Badiuzzaman Sheikh Badiuzzaman ni sebenarnya sewaktu kecil, beliau seorang yang biasa-biasa sahaja, sama seperti kanak-kanak yang lain..tetapi pada suatu hari, datang seorang yang miskin meminta sedekah, namun tiada siapa yang menghiraukan lelaki itu. Pada waktu itu, Sheikh Badi

Kemurungan: Bertindak Sebelum Terlambat, Kenali Tanda-tanda

“ Lagi seorang kecundang.. ” saya terbaca satu status di Facebook merujuk kepada Anthony Bourdain yang baru-baru ini gempar dengan berita kematian beliau kerana bunuh diri (suicide). Terdahulu, peminat Linkin Park dikejutkan dengan berita kematian Chester Bennington secara mengejut, juga kerana bunuh diri. Puncanya sama; KEMURUNGAN. Stigma masyarakat sering menganggap bahawa kemurungan hanyalah satu penyakit biasa yang tidak mendatangkan mudarat. Salah, kenyataan itu sama sekali salah! Cuba kita perhatikan, sudah terlalu ramai artis yang dikenali turut menjadi mangsa kemurungan. Marilyn Monroe, Kurt Cobain, Robin William, dan ramai lagi yang mengakhiri hidup mereka dengan membunuh diri akibat kemurungan. The list goes on. Oleh itu, marilah kita kenali tanda-tanda kemurungan ini. Siapa tahu, mungkin ada dalam kalangan kita, orang yang terdekat dengan kita, yang pada saat ini berjuang melawan kemurungan. Mungkin kita boleh menjadi salah seorang yang dapat menghulurkan ta