Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

Andai Kau Sedar

“ Semalam kawan Ma meninggal.. ,” emak saudara saya bercerita. Memang sejak dari kecil lagi saya terbiasa memangggil emak saudara yang seorang ini dengan panggilan ‘Ma’. “ Umur sebaya dengan Ma.. tapi dah pergi dah.. bila tengok semua orang, lepas sorang-sorang pergi ni, tiba-tiba rasa macam kita pun dah tak lama dah la kot.. ” sambungnya lagi. Saya terdiam seketika. Betul. Ironi bukan? Sejak dari kecil, kita sering kali berasa teruja untuk masuk ke peringkat yang baru dalam hidup. Sewaktu di sekolah rendah, hendak cepat-cepat masuk ke sekolah menengah. Bila dah masuk sekolah menengah pula, hendak cepat-cepat ke universiti. Tengok orang kahwin, tiba-tiba rasa hendak kahwin juga. Tengok orang ada anak, tiba-tiba rasa hendak ada anak juga. Kerana apa? Kerana kita nampak dan mengandaikan hidup orang lebih baik daripada hidup kita. Dan kerana kita sangka perkara-perkara itu menjadikan kita lebih bahagia. Tapi apa yang ironi di sini, bila kita tidak teruja untuk ke pe

I'm In London!

21 Februari 2018 Tiba di Gatwick London Airport dari Marco Polo Venice Airport via British Airways dalam pukul 8.30 malam. British Airways bagi saya sangat ok, sebab dia allow cabin bag dan laptop bag naik flight, lepas tu free cargo 23kg masa tu kalau tak silap. Dan harganya pun sangat berbaloi. Tiba di airport, memang kitorang dan bersedia awal-awal segala dokumen kalau ditanya. Saya pun pernah terbaca yang kat airport London ni agak strict. Dia akan tanya tujuan datang ke London, berapa lama di London dan alamat tempat tinggal di London. Kadang-kadang mereka akan minta itinerary juga. Nasib baik saya sudah siapkan itinerary awal-awal dan dapat convince pekerja tu bila tengok itinerary. Alhamdulillah. Lepas beratur panjang semua, settle semua benda, kitorang dapat keluar dari airport itu almost pukul 11 malam dah. Then, kitorang beli tiket bas National Express untuk ke London city centre guna machine kerana kaunter sudah tutup pada waktu itu. Agak mudah juga sebena

Cuti-cuti Turki Part II : Hoşça Kal, Istanbul !

31 Jan 2013 Hari ni kitorang akan ke Topkapi Palace. Kat sini la yang saya sebut dalam post sebelum ini tempat bersemayam 24 orang sultan, termasuklah sultan Muhammad Al-Fateh. Tapi sebelum tu, kitorang singgah dulu di beberapa kawasan. Ini madrasah. Lupa nama madrasah ni, tapi macam sekolah la. Gambar replika kat atas tu gambr pengasas madrasah ini kalau tak silap. Ini pula antara reka bentuk rumah-rumah tradisional turki sebelah Asia Topkapi sekarang dah dijadikan muzium   Kat dalam ni ada banyak bahagian dan bilik-bilik. Orang cakap dalam kawasan tempat ni umpama Acropolis. Yang kita belajar dalam sejarah dulu-dulu. Ada kawasan untuk rakyat, ada bangunan parlimen, ada tempat menyambut tetamu dan banyak lagi la. Kitorang masuk banyak muzium kat dalam ni. Muzium jewelry, muzium pe