Skip to main content

Kalau Bukan Kita, Siapa?

“Kemiskinan harta kesannya hanya di dunia, tapi kemiskinan iman dan akhlak, kesannya dibawa ke akhirat…”

Tahrir, Egypt. 2012.

Dia mundar-mandir di hadapan bus stop itu. Kelihatan gelisah, risau..
Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak perempuan bersama adiknya menyapa.. “Salamualaik..”
Dia tersenyum dan menjawab salam. Melihat keadaan yang tidak terurus, dengan pakaian compang-camping dan kotor itu, dia yakin kanak-kanak itu sama seperti mesriyyin yang sering berada di kaki lima atau tepi jalan. Dia memulakan perbualan dan bertanya kepada si kecil itu, “Kamu dari mana?,”dia hanya mampu berdialog sekadarnya sahaja kerana kefasihan Arabnya yang agak so-so.
 
Sebak bila si kecil menceritakan bahawa mereka anak yatim dan tinggal merempat. Namun, dia hairan kerana kanak-kanak itu meminta sedekah daripada orang awam di situ tetapi tidak pula daripadanya. Seketika kemudian, si kecil itu mengeluarkan sejumlah wang dari poket dan menghulurkan wang itu kepadanya. Sangka si kecil dia tiada wang untuk pulang, kerana itu dari tadi dia bermundar-mandir di situ. Allahurabbi.. Mulianya hatimu..

“ Tak ape.. Saya sedang menunggu rakan saya di sini,” ditolak lembut pemberian si kecil itu. Lalu, dihulurkan biskut yang baru dibeli serta beberapa genih kepada si kecil. “ Kamu memerlukan itu lebih daripada saya,”sambil tersenyum.

Tiba-tiba, datang seorang lelaki Arab Mesir pula yang menyapa dan bertanya soalan-soalan yang pelik kepadanya. Sesekali tersengih miang. Dia mula berasa kurang selesa dengan kehadiran lelaki itu. Si kecil yang sedar ketidakselesaannya itu mula memarahi pemuda lelaki itu dan melarang daripada terus mengganggunya. Dia senyum kepada si kecil itu sebagai tanda terima kasih, dan berlalu pergi. Bimbang jika lelaki itu bertindak di luar kawalan.




Itu Egypt..Bumi di mana lahirnya sezalim-zalim manusia, Firaun, dan semulia-mulia manusia, Musa a.s. Sebab itu orang cakap, sebaik-baik manusia ada di sana, sejahat-jahat manusia juga ada di sana..Itu  yang orang cakap. Tapi saya cakap, manusia yang baik dan jahat ini ada di mana-mana. Baik di Mesir, India, mahupun Malaysia. Sebab apa? Sebab adanya iman dan akhlak itu yang membentuk peribadi seseorang.

 
“Good manners is part of taqwa and you cannot have taqwa without good manners”-Anonymous.

Malu dengan diri sendiri, bila kanak-kanak berusia lingkungan 6 tahun, lebih mengenal erti memberi. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.


“ Imaan will change our lense. Change the way on how we think, perceive & we are able to see something differently from the others” – Da’ee Ahmed Moait

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Di Suatu Pagi

" Allah tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya " (QS 2: 286) Bismillah.. Hurm.. bila hidup di negara orang ni, bila jauh dari family, bila hidup berdikari, kita tak boleh nak expect yang life is soooooo good and beautiful here. Tambah lagi, as a medical student. Okay, let me share it here.. the latest story of Tabahians and the house.. Pagi itu, suasana sunyi. Sepi. Hening. Semua ahli beit dah tidur dah. Saya pula masih lagi terkelip-kelip layan buku ECG..cewahh..bajet rajin pula ye..haha. Bukan apa, disebabkan saya sudah tidur sepetang dah, jadi malam kena lah study pula, alang-alang mata pun masih belum mengantuk. Tgok jam, dah pukul 1 pagi lebih dah. Entah bila nak tidur, mata tak mengantuk lagi. Takpe, layan pula Physio part Respiratory. Baca tajuk COPD ( Chronic Obstructive Pulmonary Disease ) ni macam syok pula. " COPD is a group of lung diseases ( chronic bronchitis, asthma n emphysema ) chara...

Italy Part I : Cuti-cuti Rome!

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. Dalam usaha nak hidupkan balik blog ni dan re-edit balik post-post zaman hingusan dulu. Since ramai jugak yang tanya pengalaman semua. And ada juga yang suruh tulis dalam blog untuk panduan orang lain.   18 -19 Februari 2018 Saya bertolak dari KLIA 2 ke Tehran pukul   7.05 malam via AirAsia X. Kenapa Tehran? Sebab nak buat percutian bajet punya pasal, maka terpaksalah ambil low cost flight dan transit banyak-banyak kali. Tapi bagi saya, AirAsia memang not suggested la. Kedekut, 8 jam perjalanan, nak minum air kosong pun kena bayar. Memang tak ada apa yang diprovide, seat yang agak sempit dan kurang selesa. Habis sakit badan dan belakang lepas 8 jam dalam flight. Haha merungut di situ. Nak jimat sangat kan, terima je lah seadanya. Tapi saya sangat suka airport Tehran. Apa yang uniknya kat sini, semua perempuan diwajibkan menutup kepala. Surau dia cantik. Pekerja dia peramah dan baik. Terasa suasana keislamannya kat sini, wal...

Pusing-pusing Brussels!

24 Feb 2018 Tiba di Midi Train station, Brussels pukul 6.15 pagi. Awal-awal pagi still gelap lagi. Kitorang solat Subuh kat satu masjid yang sangat dekat dengan Midi Train station ni, dalam 5 minit jalan je. Then, kitorang tunggu hari siang kat dalam train station tu je. Amin beli hot chocolate since suhu sangat sejuk but still tolerable dalam train station. Sedapp!   Waktu menunggu ni, kitorang discuss dan rearrange balik itinerary kat Brussels. Plan asal kitorang akan stay sampai pukul 2 pagi kat mana-mana 24hours café atau McDonalds, bas kitorang ke Paris pukul 2 pagi nanti dan akan tidur di dalam bas je. Tapi, bila difikir balik, since kat Brussels tak ada banyak tempat nak pergi macam kat London, kitorang decide nak refund bus pukul 2 pagi tu, dan beli bus waktu yang lebih awal. Then kitorang decide untuk bermalam di Paris dan booking hostel kat sana. Kebanyakan hostel murah dah habis, at last kitorang tempah satu hostel yang still affordable juga la. Hostel kat...