Skip to main content

Jalan-Jalan Paris: Eiffel, I'm in Love!



24 Feb 2018

Kitorang bertolak dari Midi Train station Brussels naik Oui Bus jam 7 malam dan tiba di Paris jam 11 malam. Terus kejar metro untuk ke kawasan hostel, Vintage Gare du Nord hostel. Metro biasanya akan tutup operasi pukul 12 malam.

Alhamdulillah selamat tiba di hostel. Hostel agak selesa. Kitorang ambik yang ada 4 beds. Tandas dalam bilik. Tapi bagi, saya hostel yang paling selesa dan luas setakat ini ialah hostel Beautiful di Rome. Masa kitorang check-in, memang dah ada dua orang bagpackers yang turut check-in bilik yang sama, jadi bilik kitorang penuh malam itu. Kitorang solat Magrib dan Isyak, then tidur.

25 Feb 2018

Pagi-pagi lagi dah get ready untuk jalan-jalan sekitar Paris. Kitorang check out dan tinggalkan beg dalam luggage storage hostel. Amin ajak breakfast di kedai pastry depan hostel kitorang. Dia nak kenalkan saya dengan makanan breakfast paling famous di Paris, Pain au Chocolat (Amin sebut Pau’ de Shokola). Kitorang order jugak hot chocolate, Amin sebut  ‘Shu Shokola’ dalam bahasa Perancis. Serius sedap, pastrinya lembut. Kenyang walaupun makan satu je sebab besar.




Next kitorang pun mulakanlah perjalanan pusing-pusing Paris.

First kitorang pergi ke tempat yang paling dekat dengan hostel, Sacred Heart Basilica of Montmartre (Sacre-Coeur). Tempat ni ialah sebuah gereja di atas bukit. Cantik gerejanya, masuk free. Tapi kitorang tak masuk pun, Cuma bergambar di luar sahaja. Di Paris kena lebih berhati-hati, sebab kat sini ramai sangat penyeluk saku dan scammers. Lebih-lebih lagi di kawasan yang menjadi tarikan pelancong.

Berdekatan dengan Sacre-Coeur ni, ada lorong kedai-kedai yang menjual souvenirs yang murah. Kitorang beli beberapa souvenirs kat sini untuk bawa pulang.

Then, kitorang naik Metro dan terus ke Notre Dame. Kat sini, orang dah mula ramai memenuhi kawasan perkarangan Cathedral ini. Cantik senibinanya. Lepas itu, kitorang jalan kaki sahaja, dan melalui kawasan Seine River iaitu sungai utama di Paris.

Notre Dame Cathedral
 
Destinasi seterusnya, kitorang pergi ke Musee du Louvre, muzium terkenal di Paris. Kata orang, muzium ini sangat besar dan memerlukan tempoh masa 3 hari untuk habis pusing ke seluruh muzium. Tiket masuk 15 Euro seorang, tapi Amin dapat free sebab dia ada kad student di France. Untunglahhh.

Kitorang pusing-pusing dalam ni dalam 3 jam lebih juga lah. Menarik kat dalam ni, ada ruang pameran berkaitan Islam. Ada pameran berkaitan Mesir purba, Greece dengan patung-patungnya, lukisan-lukisan terkenal, termasuklah lukisan Mona Lisa yang terkenal itu juga terpamer di sini. Itu reason paling utama saya nak masuk, nak tengok sendiri lukisan itu depan mata. Tapi lukisan yang juga menarik dan sangat besar ialah ‘The Last Supre’, betul-betul depan lukisan Mona Lisa. Menarik sebab lukisan ini menceritakan makan malam terakhir sebelum Nabi Isa diangkat ke langit.


Monalisa
The Last Suppre




Kemudian, kitorang solat Zohor dan Asar di Masjid Paris. Masjid ini juga terkenal dan menjadi tumpuan orang islam yang datang ke Paris. Besar dan cantik masjidnya. Tapi, tandasnya kurang selesa. Kotor, euw!

After solat kitorang cari kedai untuk makan. Kitorang pilih untuk makan kebab sahaja, murah.
Lepas tu, kitorang pergi settlekan sedikit urusan Amin kejap, untuk bayar tiket TGV (kereta api laju). Entahlah, saya sendiri pun tak faham urusan apa. Di pertengahan jalan, kitorang ada lalu sebuah taman yang cantik. Tapi, dah lupa apa nama taman tu. Kata Amin, taman itu antara yang terkenal di Paris.

Lepas settle urusan Amin, barulah kitorang ke Eiffel tower. Tempat yang dinanti-nanti. Tapi, bila sampai je kawasan tu bila tengok dari dekat, eh, kenapa macam besi berkarat je? Haha. Orang ramai sangat kawasan itu. Kitorang gerak jauh sikit dari Eiffel tower tu untuk ambik gambar. Sebab nak suruh Nampak full view Eiffel tower. Dari jauh cantik sangattttt. Kitorang sengaja pergi lewat ke petang, sebab nak tengok Eiffel tower yang berlampu bila malam nanti.

Agak lama jugalah menunggu di situ dalam kesejukan, akhirnya sempat jugalah tengok lampu Eiffel tower yang berkelip-kelip tu. Alhamdulillah, tak sia-sia.



Next, kitorang cepat-cepat ke Arc de Triomphe pula. Ambil gambar cikai-cikai je, then jalan sikit kat kawasan Champs-Elysees depan Arc de Triomphe tu. Cuci-cuci mata je. Lepas tu, kitorang terus pergi ambil beg di hostel dan gerak ke stesen TGV.

Arc De Triomphe
 
Kitorang agak rushing jugalah sebab kitorang akan bertolak ke Lyon pukul 9.59 malam naik TGV. Amin ada exam esok, jadi terpaksalah saya ikut balik ke Lyon dulu dan terpaksa naik TGV yang agak mahal itu. Huhu.

Maka, tamatlah perjalanan di Paris. Walaupun menara Eiffel tower tu berkarat, tapi tetap gah dan cantik. I will miss the place and the Eiffel tower itself.



Apa Pengalaman Menarik?

Pengalaman menunggu lampu Eiffel tower menyala dalam kesejukan, memang tak dibuat orang. Duduk kat tengah-tengah jalan, rekod video Eiffel tower. Kata Amin, kerja gila. Haha.
Lepas tu dalam Metro, dengar orang main muzik Despacito, best sangat. Semua orang khusyuk dan teruja dengar.

Pandangan tentang Paris

Yang ramai cakap Paris kotor itu, semua itu betul. Sampah-sampah penuh di tepi jalan. Malam-malam pula agak bahaya kerana ramai budak-budak muda melepak di tepi jalan. Penyeluk saku dan scammer juga antara yang paling ramai di Paris. Tapi kawasan-kawasan pelancongan semuanya cantik dan menarik. Saya suka mendengar mereka bercakap dalam bahasa France walaupun tak faham. Tapi, diorang ni memang terbiasa kalau jumpa je akan sapa dengan ‘Bonjour’ = Hi. Kalau membeli apa-apa, diorang akan cakap ‘Merci’= Thank you. Saya pun cuba apply Bonjour itu setiap kali berjumpa dengan orang di sini. Haha.

Perbelanjaan

Tiket Bas Brussels-Paris: 20E (mahal sebab beli last minit)
Tiket metro ke hostel: 1.8E one way
Hostel : 23.9E /per night (hotel di Paris semua mahal-mahal)
Metro Paris 1-day pass: 4.1E
Museum: 15E
TGV : 38.5E (RM187)
                                             


Comments

Popular posts from this blog

Kisah Di Suatu Pagi

" Allah tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya " (QS 2: 286) Bismillah.. Hurm.. bila hidup di negara orang ni, bila jauh dari family, bila hidup berdikari, kita tak boleh nak expect yang life is soooooo good and beautiful here. Tambah lagi, as a medical student. Okay, let me share it here.. the latest story of Tabahians and the house.. Pagi itu, suasana sunyi. Sepi. Hening. Semua ahli beit dah tidur dah. Saya pula masih lagi terkelip-kelip layan buku ECG..cewahh..bajet rajin pula ye..haha. Bukan apa, disebabkan saya sudah tidur sepetang dah, jadi malam kena lah study pula, alang-alang mata pun masih belum mengantuk. Tgok jam, dah pukul 1 pagi lebih dah. Entah bila nak tidur, mata tak mengantuk lagi. Takpe, layan pula Physio part Respiratory. Baca tajuk COPD ( Chronic Obstructive Pulmonary Disease ) ni macam syok pula. " COPD is a group of lung diseases ( chronic bronchitis, asthma n emphysema ) chara...

Italy Part I : Cuti-cuti Rome!

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. Dalam usaha nak hidupkan balik blog ni dan re-edit balik post-post zaman hingusan dulu. Since ramai jugak yang tanya pengalaman semua. And ada juga yang suruh tulis dalam blog untuk panduan orang lain.   18 -19 Februari 2018 Saya bertolak dari KLIA 2 ke Tehran pukul   7.05 malam via AirAsia X. Kenapa Tehran? Sebab nak buat percutian bajet punya pasal, maka terpaksalah ambil low cost flight dan transit banyak-banyak kali. Tapi bagi saya, AirAsia memang not suggested la. Kedekut, 8 jam perjalanan, nak minum air kosong pun kena bayar. Memang tak ada apa yang diprovide, seat yang agak sempit dan kurang selesa. Habis sakit badan dan belakang lepas 8 jam dalam flight. Haha merungut di situ. Nak jimat sangat kan, terima je lah seadanya. Tapi saya sangat suka airport Tehran. Apa yang uniknya kat sini, semua perempuan diwajibkan menutup kepala. Surau dia cantik. Pekerja dia peramah dan baik. Terasa suasana keislamannya kat sini, wal...

Pusing-pusing Brussels!

24 Feb 2018 Tiba di Midi Train station, Brussels pukul 6.15 pagi. Awal-awal pagi still gelap lagi. Kitorang solat Subuh kat satu masjid yang sangat dekat dengan Midi Train station ni, dalam 5 minit jalan je. Then, kitorang tunggu hari siang kat dalam train station tu je. Amin beli hot chocolate since suhu sangat sejuk but still tolerable dalam train station. Sedapp!   Waktu menunggu ni, kitorang discuss dan rearrange balik itinerary kat Brussels. Plan asal kitorang akan stay sampai pukul 2 pagi kat mana-mana 24hours cafĂ© atau McDonalds, bas kitorang ke Paris pukul 2 pagi nanti dan akan tidur di dalam bas je. Tapi, bila difikir balik, since kat Brussels tak ada banyak tempat nak pergi macam kat London, kitorang decide nak refund bus pukul 2 pagi tu, dan beli bus waktu yang lebih awal. Then kitorang decide untuk bermalam di Paris dan booking hostel kat sana. Kebanyakan hostel murah dah habis, at last kitorang tempah satu hostel yang still affordable juga la. Hostel kat...