Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Jalan-Jalan Paris: Eiffel, I'm in Love!

24 Feb 2018 Kitorang bertolak dari Midi Train station Brussels naik Oui Bus jam 7 malam dan tiba di Paris jam 11 malam. Terus kejar metro untuk ke kawasan hostel, Vintage Gare du Nord hostel . Metro biasanya akan tutup operasi pukul 12 malam. Alhamdulillah selamat tiba di hostel. Hostel agak selesa. Kitorang ambik yang ada 4 beds. Tandas dalam bilik. Tapi bagi, saya hostel yang paling selesa dan luas setakat ini ialah hostel Beautiful di Rome. Masa kitorang check-in, memang dah ada dua orang bagpackers yang turut check-in bilik yang sama, jadi bilik kitorang penuh malam itu. Kitorang solat Magrib dan Isyak, then tidur. 25 Feb 2018 Pagi-pagi lagi dah get ready untuk jalan-jalan sekitar Paris. Kitorang check out dan tinggalkan beg dalam luggage storage hostel. Amin ajak breakfast di kedai pastry depan hostel kitorang. Dia nak kenalkan saya dengan makanan breakfast paling famous di Paris, Pain au Chocolat (Amin sebut Pau’ de Shokola). Kitorang order jugak hot chocola

Sifilis: Tahu atau Tidak?

Sewaktu saya berada di klinik XYZ sebagai observer tempoh hari, banyak kes-kes menarik yang saya dapat tengok dan belajar. Dalam banyak-banyak kes, ada dua kes yang agak memberi kesan pada saya dan buat saya terfikir-fikir. Kes 1: Seorang pesakit lelaki datang bertongkat, tidak mampu berjalan tanpa bantuan tongkat. Si isteri datang bersama, bersusah-payah membantu si suami yang dalam kesakitan. Katanya sakit pada sendi kaki. Beliau pernah mempunyai sejarah gout, kemungkinan kali ini goutnya itu menyerang kembali. Namun, kandungan uric acid tidaklah terlalu tinggi. Doktor mengambil darah untuk membuat pemeriksaan darah. Beberapa hari kemudian, keputusan darah keluar. Doktor terkejut, saya pun terkejut. TPHA positif. Bila pesakit datang untuk kali kedua setelah dipanggil, si isteri masih setia datang menemani. Doktor sudah menjelaskan tentang penyakit kepada si suami sendirian terlebih dahulu. Sifilis. Si suami juga turut terkejut, pucat wajahnya. Diminta kepada doktor s

Pusing-pusing Brussels!

24 Feb 2018 Tiba di Midi Train station, Brussels pukul 6.15 pagi. Awal-awal pagi still gelap lagi. Kitorang solat Subuh kat satu masjid yang sangat dekat dengan Midi Train station ni, dalam 5 minit jalan je. Then, kitorang tunggu hari siang kat dalam train station tu je. Amin beli hot chocolate since suhu sangat sejuk but still tolerable dalam train station. Sedapp!   Waktu menunggu ni, kitorang discuss dan rearrange balik itinerary kat Brussels. Plan asal kitorang akan stay sampai pukul 2 pagi kat mana-mana 24hours cafĂ© atau McDonalds, bas kitorang ke Paris pukul 2 pagi nanti dan akan tidur di dalam bas je. Tapi, bila difikir balik, since kat Brussels tak ada banyak tempat nak pergi macam kat London, kitorang decide nak refund bus pukul 2 pagi tu, dan beli bus waktu yang lebih awal. Then kitorang decide untuk bermalam di Paris dan booking hostel kat sana. Kebanyakan hostel murah dah habis, at last kitorang tempah satu hostel yang still affordable juga la. Hostel kat Par