Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Angin Pasang a.k.a. Uluran

“Angin pasang tu sakit apa?,” tanya seseorang kepada saya tempoh hari. Saya diam seketika, teringat semula kisah yang berlaku sewaktu belajar di universiti dulu. Malam sebelum peperiksaan akhir long case posting surgery, saya dan beberapa orang rakan sama-sama pergi ke ward surgery untuk tengok dan praktis examination kes-kes surgery yang penting. Kes-kes yang memang kerap ditanya dalam long case surgery, antaranya kanser payu dara, angin pasang, masalah tiroid/ goitre, etc. Disebabkan kami ke ward hanya untuk praktis examination, jadi kami hanya mencari kes-kes yang selalu keluar dalam exam long case ini. Sewaktu melihat senarai kes yang ada di ward, kami dapat tahu ada satu kes angin pasang apabila terbaca fail seorang lelaki bernama Mahesh (bukan nama sebenar). “Mahesh??,” seorang pak cik lelaki menyahut apabila namanya dipanggil. “Uncle, check hay?,” kami minta kebenaran untuk memeriksa sakitnya itu dan dia dibawa ke bilik asing. “Uncle, problem kya hay? (Pak