Skip to main content

Andai Kau Sedar

Semalam kawan Ma meninggal..,” emak saudara saya bercerita. Memang sejak dari kecil lagi saya terbiasa memangggil emak saudara yang seorang ini dengan panggilan ‘Ma’.

Umur sebaya dengan Ma.. tapi dah pergi dah.. bila tengok semua orang, lepas sorang-sorang pergi ni, tiba-tiba rasa macam kita pun dah tak lama dah la kot..” sambungnya lagi.

Saya terdiam seketika.

Betul. Ironi bukan? Sejak dari kecil, kita sering kali berasa teruja untuk masuk ke peringkat yang baru dalam hidup. Sewaktu di sekolah rendah, hendak cepat-cepat masuk ke sekolah menengah. Bila dah masuk sekolah menengah pula, hendak cepat-cepat ke universiti. Tengok orang kahwin, tiba-tiba rasa hendak kahwin juga. Tengok orang ada anak, tiba-tiba rasa hendak ada anak juga. Kerana apa? Kerana kita nampak dan mengandaikan hidup orang lebih baik daripada hidup kita. Dan kerana kita sangka perkara-perkara itu menjadikan kita lebih bahagia.

Tapi apa yang ironi di sini, bila kita tidak teruja untuk ke peringkat akhir kehidupan. Bilamana kita tengok orang yang sudah tua, hilang kudrat hilang upaya, kita berasa takut. Bilamana kita tengok orang seusia yang meninggal dunia, kita berasa takut. Tiada pula yang beria-ia ingin merasai sama.

Rasulullah bersabda, “Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu semua dari segala penjuru sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni dulang berisi makanan” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah ketika itu bilangan kami sedikit?” Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika itu bilangan kamu amat ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di air bah. Sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu. Dan mencampakkan dalam hati kamu Al-Wahn.” Seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan Al-Wahn?” Baginda menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati.”
(HR. Abu Daud)

Tempoh hari, saya ada terdengar ceramah Ustaz Syamsul Debat. Menarik topiknya. Pasal kematian. Cerita beliau, Nabi Yaakub dahulu bersahabat baik dengan Malaikat Maut. Seringkali beliau diziarahi oleh Malaikat Maut, dan setiap kali itu beliau akan bertanyakan soalan yang sama kepada Malaikat Maut. “Wahai sahabatku, apakah engkau datang untuk berziarah atau mencabut nyawaku?”
Malaikat Maut akhirnya berjanji akan memberikan 3 tanda jika ajal beliau sudah hampir.
Sehinggalah pada suatu hari, kedatangan Malaikat Maut bukan lagi untuk berziarah. Lalu Nabi Yaakub bertanya perihal 3 tanda yang dijanjikan itu.

Jawab Malaikat Maut, “ Aku sudah berikan 3 tanda kepadamu wahai sahabatku. Pertama, tubuhmu yang gagah sudah menjadi lemah. Kedua, badanmu yang tegap sudah menjadi bongkok. Ketiga, hitamnya rambutmu berubah menjadi putih.”

Saya quote kata-kata Ustaz itu lagi,
“ Jangan tertipu dengan muda, kerana syarat mati itu bukan tua. Jangan tertipu dengan sihat, kerana syarat mati itu bukan sakit “
 
Terasa seperti hidup ini terlalu singkat untuk dibanding-bandingkan dengan kehidupan orang lain. Setiap jalan hidup seseorang itu, Allah sudah aturkan cantik. Apa yang kita kena buat – Bersyukur!

Coretan ini lebih kepada peringatan untuk diri sendiri, kerana tangan yang menaip ini lebih dekat dengan si penaip daripada si pembaca. Bila satu jari menuding ke arah kamu, 4 lagi ke arah diri sendiri.

Rasulullah bersabda,
“Barang siapa yang suka berjumpa dengan Allah maka Allah suka berjumpa dengannya, dan barang siapa yang benci bertemu dengan Allah maka Allah benci untuk bertemu dengannya”
(HR Muslim)

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Di Suatu Pagi

" Allah tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya " (QS 2: 286) Bismillah.. Hurm.. bila hidup di negara orang ni, bila jauh dari family, bila hidup berdikari, kita tak boleh nak expect yang life is soooooo good and beautiful here. Tambah lagi, as a medical student. Okay, let me share it here.. the latest story of Tabahians and the house.. Pagi itu, suasana sunyi. Sepi. Hening. Semua ahli beit dah tidur dah. Saya pula masih lagi terkelip-kelip layan buku ECG..cewahh..bajet rajin pula ye..haha. Bukan apa, disebabkan saya sudah tidur sepetang dah, jadi malam kena lah study pula, alang-alang mata pun masih belum mengantuk. Tgok jam, dah pukul 1 pagi lebih dah. Entah bila nak tidur, mata tak mengantuk lagi. Takpe, layan pula Physio part Respiratory. Baca tajuk COPD ( Chronic Obstructive Pulmonary Disease ) ni macam syok pula. " COPD is a group of lung diseases ( chronic bronchitis, asthma n emphysema ) chara...

Italy Part I : Cuti-cuti Rome!

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. Dalam usaha nak hidupkan balik blog ni dan re-edit balik post-post zaman hingusan dulu. Since ramai jugak yang tanya pengalaman semua. And ada juga yang suruh tulis dalam blog untuk panduan orang lain.   18 -19 Februari 2018 Saya bertolak dari KLIA 2 ke Tehran pukul   7.05 malam via AirAsia X. Kenapa Tehran? Sebab nak buat percutian bajet punya pasal, maka terpaksalah ambil low cost flight dan transit banyak-banyak kali. Tapi bagi saya, AirAsia memang not suggested la. Kedekut, 8 jam perjalanan, nak minum air kosong pun kena bayar. Memang tak ada apa yang diprovide, seat yang agak sempit dan kurang selesa. Habis sakit badan dan belakang lepas 8 jam dalam flight. Haha merungut di situ. Nak jimat sangat kan, terima je lah seadanya. Tapi saya sangat suka airport Tehran. Apa yang uniknya kat sini, semua perempuan diwajibkan menutup kepala. Surau dia cantik. Pekerja dia peramah dan baik. Terasa suasana keislamannya kat sini, wal...

Pusing-pusing Brussels!

24 Feb 2018 Tiba di Midi Train station, Brussels pukul 6.15 pagi. Awal-awal pagi still gelap lagi. Kitorang solat Subuh kat satu masjid yang sangat dekat dengan Midi Train station ni, dalam 5 minit jalan je. Then, kitorang tunggu hari siang kat dalam train station tu je. Amin beli hot chocolate since suhu sangat sejuk but still tolerable dalam train station. Sedapp!   Waktu menunggu ni, kitorang discuss dan rearrange balik itinerary kat Brussels. Plan asal kitorang akan stay sampai pukul 2 pagi kat mana-mana 24hours café atau McDonalds, bas kitorang ke Paris pukul 2 pagi nanti dan akan tidur di dalam bas je. Tapi, bila difikir balik, since kat Brussels tak ada banyak tempat nak pergi macam kat London, kitorang decide nak refund bus pukul 2 pagi tu, dan beli bus waktu yang lebih awal. Then kitorang decide untuk bermalam di Paris dan booking hostel kat sana. Kebanyakan hostel murah dah habis, at last kitorang tempah satu hostel yang still affordable juga la. Hostel kat...