Skip to main content

Harapan Yang Terhakis

“Doktor, doktor akan rawat ayah saya kan.. doktor akan buat yang terbaik untuk sembuhkan ayah saya kan..”

“Ma, ma jangan menangis macam ni.. doktor sedang usaha sebaik mungkin rawat ayah tu.. doktor tahu nak buat apa..”

Harapan menggunung diberi. Saya terkedu. Kelu seketika. Hanya mampu mengangguk.
Seketika tadi, tiba-tiba akak nurse memanggil, nadi pesakit tiba-tiba menurun dan berhenti, hilang bacaan pada monitor. Terus saya panjat katil dan mulakan CPR. Beberapa suntikan ubat diberi. 15 minit berlalu, akhirnya denyutan nadi kembali. Tapi pak cik masih dalam keadaan tidak stabil, kebarangkalian untuk berlaku semula sangat tinggi.

Kali ini, kami mula bertanya ahli keluarga sama ada ingin teruskan dengan menekan dada atau tidak jika nadi berhenti lagi kemudian. Semua ahli keluarga kini bercucuran air mata. Pak cik masih muda, 53 tahun. Masih belum cecah usia bonus, masih sangat muda. Saya turut terasa tempias emosi, lalu segera beredar dari situ seketika memberi peluang ahli keluarga berbincang dan membuat keputusan.
Dari jauh terdengar tangisan makin kuat. Harapan menggunung yang diberikan mereka sebentar tadi perlahan-lahan terhakis.

Sekali lagi, denyutan nadi pak cik berhenti, untuk kali kedua.

“Saya perlukan keputusan sekarang..”

“Tak apalah doktor, kami sepakat tak nak teruskan dengan tekan dada..,”sayu sekali nada si anak, terasa bergetar suara itu.

Saya akur. Tandatangan consent diambil. Garis denyutan jantung pada monitor kian mendatar. Waktu kematian 2.55 petang.

Untuk kali terakhir, mereka masih setia membisikkan kalimah ‘Allah’ ke telinga.
Siapa sangka, si ayah yang semalam masih sihat walalfiat, mampu bergelak ketawa, hari ini pergi untuk selama-lamanya.

Innalillahiwainnailaihiraji’un...


‘Doktor akan buat yang terbaik untuk sembuhkan ayah saya kan...’
kata-kata itu masih terngiang-ngiang sehingga ke hari ini.

Maafkan saya... 😢

kerana kuasa menyembuh itu hanya pada Dia, bukan pada kami..

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Di Suatu Pagi

" Allah tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya " (QS 2: 286) Bismillah.. Hurm.. bila hidup di negara orang ni, bila jauh dari family, bila hidup berdikari, kita tak boleh nak expect yang life is soooooo good and beautiful here. Tambah lagi, as a medical student. Okay, let me share it here.. the latest story of Tabahians and the house.. Pagi itu, suasana sunyi. Sepi. Hening. Semua ahli beit dah tidur dah. Saya pula masih lagi terkelip-kelip layan buku ECG..cewahh..bajet rajin pula ye..haha. Bukan apa, disebabkan saya sudah tidur sepetang dah, jadi malam kena lah study pula, alang-alang mata pun masih belum mengantuk. Tgok jam, dah pukul 1 pagi lebih dah. Entah bila nak tidur, mata tak mengantuk lagi. Takpe, layan pula Physio part Respiratory. Baca tajuk COPD ( Chronic Obstructive Pulmonary Disease ) ni macam syok pula. " COPD is a group of lung diseases ( chronic bronchitis, asthma n emphysema ) chara...

Italy Part I : Cuti-cuti Rome!

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. Dalam usaha nak hidupkan balik blog ni dan re-edit balik post-post zaman hingusan dulu. Since ramai jugak yang tanya pengalaman semua. And ada juga yang suruh tulis dalam blog untuk panduan orang lain.   18 -19 Februari 2018 Saya bertolak dari KLIA 2 ke Tehran pukul   7.05 malam via AirAsia X. Kenapa Tehran? Sebab nak buat percutian bajet punya pasal, maka terpaksalah ambil low cost flight dan transit banyak-banyak kali. Tapi bagi saya, AirAsia memang not suggested la. Kedekut, 8 jam perjalanan, nak minum air kosong pun kena bayar. Memang tak ada apa yang diprovide, seat yang agak sempit dan kurang selesa. Habis sakit badan dan belakang lepas 8 jam dalam flight. Haha merungut di situ. Nak jimat sangat kan, terima je lah seadanya. Tapi saya sangat suka airport Tehran. Apa yang uniknya kat sini, semua perempuan diwajibkan menutup kepala. Surau dia cantik. Pekerja dia peramah dan baik. Terasa suasana keislamannya kat sini, wal...

Pusing-pusing Brussels!

24 Feb 2018 Tiba di Midi Train station, Brussels pukul 6.15 pagi. Awal-awal pagi still gelap lagi. Kitorang solat Subuh kat satu masjid yang sangat dekat dengan Midi Train station ni, dalam 5 minit jalan je. Then, kitorang tunggu hari siang kat dalam train station tu je. Amin beli hot chocolate since suhu sangat sejuk but still tolerable dalam train station. Sedapp!   Waktu menunggu ni, kitorang discuss dan rearrange balik itinerary kat Brussels. Plan asal kitorang akan stay sampai pukul 2 pagi kat mana-mana 24hours café atau McDonalds, bas kitorang ke Paris pukul 2 pagi nanti dan akan tidur di dalam bas je. Tapi, bila difikir balik, since kat Brussels tak ada banyak tempat nak pergi macam kat London, kitorang decide nak refund bus pukul 2 pagi tu, dan beli bus waktu yang lebih awal. Then kitorang decide untuk bermalam di Paris dan booking hostel kat sana. Kebanyakan hostel murah dah habis, at last kitorang tempah satu hostel yang still affordable juga la. Hostel kat...