Skip to main content

Hadiah Untuk Ayah


            Eh, minggu depan Hari Bapa, kau bagi ayah kau hadiah apa?,” tanya Zaid.
            Aku pun tak fikir lagi nak bagi hadiah apa tahun ni. Hmm..,” jawab Yusuf.
Ikram hanya mendiamkan diri. Fikirannya sudah membayangkan hadiah yang bakal diberi. “Aku nak bagi hadiah yang paling istimewa untuk ayah tahun ni.”


            Menjelang hari bapa, ramai yang mula mencari hadiah yang paling sesuai untuk dihadiahkan kepada ayah. InsyaAllah semua hadiah yang diberi merupakan sesuatu yang cukup bermakna buat ayah dari sekecil-kecil benda hingga sebesar-besar benda. Kerana apa? Kerana bukan nilai hadiah itu yang ayah lihat, tapi keikhlasan pemberi itu yang melambangkan ingatan dan penghargaan si anak terhadap ayah yang menyentuh hatinya.
            Namun, jika ingin dibandingkan dengan segala pengorbanan ayah selama ini, sangat jauh nilai hadiah itu.
            Hadiah pakaian, I-phone dan seumpamanya, apalah sangat jika dibandingkan dengan semua yang ayah sudah beri dan belikan untuk kita selama ini.
            Hadiah dengan membawa ayah makan di restoran mewah, apalah sangat jika dibandingkan dengan duit yang ayah sudah habiskan untuk makan minum kita selama ini.
            Hadiah dengan membawa ayah bersiar-siar, meluangkan sedikit masa bersama ayah, apalah sangat jika dibandingkan dengan lebih banyak masa yang ayah luangkan bersama kita selama ini.
            Apa yang paling penting, hadiah terbaik untuk ayah adalah sentiasa mendoakannya dan menjadi anak soleh yang sentiasa menjaga ayah dengan baik. 


Seorang ayah mampu menjaga sepuluh orang anak, namun sepuluh orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ayah. Astaghfirullah..semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu.

Ikram berlari mendapatkan ayahnya di hadapan pintu.
Ayah, selamat hari bapa! Saya ada hadiah untuk ayah, tapi…”Ayahnya berkerut menunggu sambungan kata-kata anaknya.
“Tapi… saya tak ada hadiah itu sekarang. Saya cuma ada ini..,” Ikram menghulurkan satu sijil kepada ayahnya.
Mata ayahnya berkaca sebaik membaca apa yang tertulis di atas sijil itu. “Subhanallah! Alhamdulillah!,” kata beliau lalu memeluk anak lelaki tunggalnya itu. “ Tahniah anakku! Ayah bangga dengan kamu.” Mata Ikram turut berkaca.
            Alhamdulillah, saya dapat hadiahkan mahkota untuk ayah di akhirat kelak,” kata Ikram sambil tersenyum.
Terima kasih anakku,” ayahnya turut tersenyum bangga dan puas melihat kejayaan anaknya itu. Sijil dari Maahad itu dibaca sekali lagi, ‘Tahniah buat Ikram binti Khalid kerana telah berjaya menghabiskan penghafalan sebanyak 30 juzuk pada 17 Jun 2014 dengan jayanya’.






Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini”.

(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

p/s: karya penulisan zaman muda-mudi, sempena Hari Bapa untuk At-Taghyir 

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Di Suatu Pagi

" Allah tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya " (QS 2: 286) Bismillah.. Hurm.. bila hidup di negara orang ni, bila jauh dari family, bila hidup berdikari, kita tak boleh nak expect yang life is soooooo good and beautiful here. Tambah lagi, as a medical student. Okay, let me share it here.. the latest story of Tabahians and the house.. Pagi itu, suasana sunyi. Sepi. Hening. Semua ahli beit dah tidur dah. Saya pula masih lagi terkelip-kelip layan buku ECG..cewahh..bajet rajin pula ye..haha. Bukan apa, disebabkan saya sudah tidur sepetang dah, jadi malam kena lah study pula, alang-alang mata pun masih belum mengantuk. Tgok jam, dah pukul 1 pagi lebih dah. Entah bila nak tidur, mata tak mengantuk lagi. Takpe, layan pula Physio part Respiratory. Baca tajuk COPD ( Chronic Obstructive Pulmonary Disease ) ni macam syok pula. " COPD is a group of lung diseases ( chronic bronchitis, asthma n emphysema ) chara...

Italy Part I : Cuti-cuti Rome!

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. Dalam usaha nak hidupkan balik blog ni dan re-edit balik post-post zaman hingusan dulu. Since ramai jugak yang tanya pengalaman semua. And ada juga yang suruh tulis dalam blog untuk panduan orang lain.   18 -19 Februari 2018 Saya bertolak dari KLIA 2 ke Tehran pukul   7.05 malam via AirAsia X. Kenapa Tehran? Sebab nak buat percutian bajet punya pasal, maka terpaksalah ambil low cost flight dan transit banyak-banyak kali. Tapi bagi saya, AirAsia memang not suggested la. Kedekut, 8 jam perjalanan, nak minum air kosong pun kena bayar. Memang tak ada apa yang diprovide, seat yang agak sempit dan kurang selesa. Habis sakit badan dan belakang lepas 8 jam dalam flight. Haha merungut di situ. Nak jimat sangat kan, terima je lah seadanya. Tapi saya sangat suka airport Tehran. Apa yang uniknya kat sini, semua perempuan diwajibkan menutup kepala. Surau dia cantik. Pekerja dia peramah dan baik. Terasa suasana keislamannya kat sini, wal...

Jalan-Jalan Paris: Eiffel, I'm in Love!

24 Feb 2018 Kitorang bertolak dari Midi Train station Brussels naik Oui Bus jam 7 malam dan tiba di Paris jam 11 malam. Terus kejar metro untuk ke kawasan hostel, Vintage Gare du Nord hostel . Metro biasanya akan tutup operasi pukul 12 malam. Alhamdulillah selamat tiba di hostel. Hostel agak selesa. Kitorang ambik yang ada 4 beds. Tandas dalam bilik. Tapi bagi, saya hostel yang paling selesa dan luas setakat ini ialah hostel Beautiful di Rome. Masa kitorang check-in, memang dah ada dua orang bagpackers yang turut check-in bilik yang sama, jadi bilik kitorang penuh malam itu. Kitorang solat Magrib dan Isyak, then tidur. 25 Feb 2018 Pagi-pagi lagi dah get ready untuk jalan-jalan sekitar Paris. Kitorang check out dan tinggalkan beg dalam luggage storage hostel. Amin ajak breakfast di kedai pastry depan hostel kitorang. Dia nak kenalkan saya dengan makanan breakfast paling famous di Paris, Pain au Chocolat (Amin sebut Pau’ de Shokola). Kitorang order jugak hot chocola...