Skip to main content

Ramadhan: Detik-Detik Akhir Itu


Dia terjaga dari tidur melihat kelibat roommatenya yang sedang bersiap. Jam di dinding menunjukkan pukul tiga pagi.

                “ Im, kau nak pergi mana pagi-pagi buta ni?”

                “ Aku nak pergi berburu.” 



 
"Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)"
( Riwayat al-Bukhari & Muslim
)


Mari! Mari! Tawaran istimewa, setahun sekali sahaja! Kalau terlepas, rugiii..

Akhirnya.. Setelah setahun menanti, ia menjengah lagi. Malam yang ditunggu-tunggu, malam penuh keberkatan, malam yang padanya melimpah dengan kebaikan iaitu Lailatul (Malam) Al-Qadar.

Apa istimewanya malam ini?

                Subhanallah. Inilah malam amalan ibadat yang dilakukan padanya lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada 1000 bulan. Malam yang suatu ketika dahulu baginda Muhammad SAW dikenalkan dengan Iqra’ sebagai permulaan wahyu, malam di mana para malaikat turun untuk mengucapkan ‘Salam Sejahtera’ kepada penduduk bumi, malam penulisan dan dicatatkan takdir tahunan, dan malam pengampunan dosa. Malam ini malam yang penuh dengan kesejahteraan dan ketenangan.

Tidak teringinkah kita untuk merebut peluang ini? Kerugian yang amat besar jika kita masih berlengah-lengah dan tidak berusaha mengejar Lailatul Qadar ini. Jangan bertangguh lagi! Yakinkah kita bahawa kita akan sampai kepada Ramadhan yang akan datang, sampai kepada malam-malam terakhir Ramadhan lagi pada masa akan datang?

‘ Penatlah.. Pagi puasa, malam nak tidur..’
‘ Malaslah. Mengantuk..’


                       
Hendak dapatkan benda yang baik perlulah berkorban. Lebih-lebih lagi ganjaran daripada Allah SWT. Bagaimana mungkin kita menghulurkan tangan kosong ingin mendapatkan ganjaran istimewa daripadaNya tanpa berbuat apa-apa, sekadar tidur melayani mimpi? Malunya kita jika hanya tahu meminta dan tidak memberi. Jadi, apa yang boleh kita lakukan?

Jom Kejar dan Buru!

Antara amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar :

1. Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman.

2. Melaksanakan solat sunat ( solat sunat tahajud, solat sunat
    tasbih, solat sunat hajat dan lain-lain )


3. Beriktikaf di masjid

4. Membaca al-Quran

5. Memperbanyak doa

6. Istighfar, zikrullah, bertasbih.

Hakikatnya, kita manusia lebih cenderung untuk merebut dan mendapatkan sesuatu yang kita nampak dengan mata kasar sahaja.

                SALE! Beli satu percuma satu! Diskaun 70 peratus!


Pergh.. Berbondong-bondong masuk dengan poket berat-tangan kosong, keluar-keluar pula dengan poket kosong-tangan berat. Lebih-lebih lagi pada penghujung Ramadhan. Kalau boleh, semua kedai yang ada jualan murah hendak diborong.
                Kalaulah keterujaan sama yang kita rasa untuk mendapatkan tawaran istimewa pada Lailatul Qadar ini. Kalaulah setiap malam-malam terakhir ini kita seronok untuk borong semua pahala. Ingatlah, ‘yang di kanan’ tidak akan pernah penat untuk mencatat. 
                Ia takkan muncul dengan hanya menanti. Kejarlah ia. Burulah ia. Kerana Lailatul Qadar bukan seperti jualan murah, siapa cepat dia yang dapat. Tapi, siapa beribadat, dia yang dapat. Kerana ganjaran yang ada padanya unlimited. InsyaAllah.


                       
“ Aku nak pergi beriktikaf di masjid. Jom ikut. Kita sama-sama pergi memburu Lailatul Qadar, “ sambung Naim sambil memakai kopiah, tersenyum.

“Carilah ia (lailatul qadar) di sepuluh malam terakhir. Jika salah seorang kalian lemah atau tidak mampu, maka janganlah ia kalah di tujuh malam terakhir.”
(HR. Muslim)

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Di Suatu Pagi

" Allah tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya " (QS 2: 286) Bismillah.. Hurm.. bila hidup di negara orang ni, bila jauh dari family, bila hidup berdikari, kita tak boleh nak expect yang life is soooooo good and beautiful here. Tambah lagi, as a medical student. Okay, let me share it here.. the latest story of Tabahians and the house.. Pagi itu, suasana sunyi. Sepi. Hening. Semua ahli beit dah tidur dah. Saya pula masih lagi terkelip-kelip layan buku ECG..cewahh..bajet rajin pula ye..haha. Bukan apa, disebabkan saya sudah tidur sepetang dah, jadi malam kena lah study pula, alang-alang mata pun masih belum mengantuk. Tgok jam, dah pukul 1 pagi lebih dah. Entah bila nak tidur, mata tak mengantuk lagi. Takpe, layan pula Physio part Respiratory. Baca tajuk COPD ( Chronic Obstructive Pulmonary Disease ) ni macam syok pula. " COPD is a group of lung diseases ( chronic bronchitis, asthma n emphysema ) chara...

Italy Part I : Cuti-cuti Rome!

Sebenarnya dah lama nak tulis post ni. Dalam usaha nak hidupkan balik blog ni dan re-edit balik post-post zaman hingusan dulu. Since ramai jugak yang tanya pengalaman semua. And ada juga yang suruh tulis dalam blog untuk panduan orang lain.   18 -19 Februari 2018 Saya bertolak dari KLIA 2 ke Tehran pukul   7.05 malam via AirAsia X. Kenapa Tehran? Sebab nak buat percutian bajet punya pasal, maka terpaksalah ambil low cost flight dan transit banyak-banyak kali. Tapi bagi saya, AirAsia memang not suggested la. Kedekut, 8 jam perjalanan, nak minum air kosong pun kena bayar. Memang tak ada apa yang diprovide, seat yang agak sempit dan kurang selesa. Habis sakit badan dan belakang lepas 8 jam dalam flight. Haha merungut di situ. Nak jimat sangat kan, terima je lah seadanya. Tapi saya sangat suka airport Tehran. Apa yang uniknya kat sini, semua perempuan diwajibkan menutup kepala. Surau dia cantik. Pekerja dia peramah dan baik. Terasa suasana keislamannya kat sini, wal...

Jalan-Jalan Paris: Eiffel, I'm in Love!

24 Feb 2018 Kitorang bertolak dari Midi Train station Brussels naik Oui Bus jam 7 malam dan tiba di Paris jam 11 malam. Terus kejar metro untuk ke kawasan hostel, Vintage Gare du Nord hostel . Metro biasanya akan tutup operasi pukul 12 malam. Alhamdulillah selamat tiba di hostel. Hostel agak selesa. Kitorang ambik yang ada 4 beds. Tandas dalam bilik. Tapi bagi, saya hostel yang paling selesa dan luas setakat ini ialah hostel Beautiful di Rome. Masa kitorang check-in, memang dah ada dua orang bagpackers yang turut check-in bilik yang sama, jadi bilik kitorang penuh malam itu. Kitorang solat Magrib dan Isyak, then tidur. 25 Feb 2018 Pagi-pagi lagi dah get ready untuk jalan-jalan sekitar Paris. Kitorang check out dan tinggalkan beg dalam luggage storage hostel. Amin ajak breakfast di kedai pastry depan hostel kitorang. Dia nak kenalkan saya dengan makanan breakfast paling famous di Paris, Pain au Chocolat (Amin sebut Pau’ de Shokola). Kitorang order jugak hot chocola...